Page 93 - SMK SULTAN YAHYA PETRA 1 SESI 2024 2025
P. 93

Pengurusan Pra U
           BAB  6   PENGURUSAN TINGKATAN ENAM


              1.    Visi dan Misi

                 VISI
                 Menghasilkan kemenjadian pelajar berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA dengan
                 pencapaian 100 % tahun 2024 dan 2025

                 MISI
                 ❖  Membina pengurusan berkesan yang sistematik dan berintegriti dalam kepemimpinan
                     pentadbiran, pengajaran & pembelajaran
                 ❖  Melahirkan pelajar-pelajar yang berkeperibadian mulia, berdisiplin berpaksikan
                     kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
                 ❖  Membina kecemerlangan pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
                 ❖  Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif, ceria, bersih, selamat dan lengkap
                     dengan kemudahan asas.
                 ❖  Melahirkan pelajar-pelajar yang berdaya saing & berdaya intelektual.
                 ❖  Menjalinkan hubungan erat, pemuafakatan dan perkongsian bijak dalam masyarakat dan
                     agensi luar dari semasa ke semasa demi penambahbaikan kecemerlangan sekolah

              2.    Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran

                 i.   Berdasar kepada sistem Semester 1, 2 & 3
                 ii.   Menggunakan sistem kuliah,kelas tutorial dan pembentangan
                iii.   Pelajar wajib hadir setiap kelas yang dikendalikan oleh guru mata pelajaran
                iv.   Sistem pembentangan kertas kerja, folio dan kerja kursus.
                 v.   Penilaian kerja kursus dibuat oleh guru mata pelajaran
                vi.   Taksiran berasaskan sekolah 20- 40 % wajaran.
                vii.   Peperiksaan berpusat 60-80 % wajaran.
               viii.   Peperiksaan akhir secara berpusat pada akhir semester.
                ix.   Calon berpeluang memperbaiki semester 1 dan 2 dalam peperiksaan ulangan
                 x.   Setiap kertas ulangan perlu dibayar kepada MPM  RM 50.00
                xi.   Mulai tahun 2016 tiada lagi ulangan semester 3
                xii.   Aktiviti kokurikulum dikendalikan pada waktu petang, penilaian 10%
               xiii.   Tempoh masa PdPc bermula dari 7.45 am hingga jam 2.15 pm.
               xiv.   Pelajar belajar hingga jam 4.00 ptg melalui program stayback

              3.    Organisasi Dan Tenaga Pengajar

                 1.  Struktur organisasi dipimpin oleh Pengetua dan dibahagikan kepada Penolong Kanan
                    Tingkatan 1-5 dan Penolong Kanan Tingkatan 6.
                 2.  PK Tingkatan Enam membantu Pengetua dalam pentadbiran , kurikulum, hal ehwal
                    pelajar dan kokurikulum. Organisasi ini dibantu oleh  seorang penyelaras Kokurikulum
                    dan Guru Akademik DG 52, DG 48 dan DG 44
                 3.  Guru Akademik bergred tinggi perlu memegang jawatan khas di sekolah sama ada
                    Setiausaha Peperiksaan Sekolah, Ketua Penyelidik, Ketua Unit Mata Pelajaran dan Ahli
                    Jawatankuasa Majlis Kurikulum Sekolah
                 4.  Guru Kokurikulum bertanggungjawab merancang ,menyelaras & melaksanakan  aktiviti
                    kokurikulum.
                 5.  Seseorang guru perlu memberi fokus kepada sekurang-kurang 2 kelas tingkatan 6 dan
                    mempunyai kemahiran yang baik bagi setiap subjek.
                 6.  Setiap guru tingkatan 6 wajib menyediakan 4 jenis folio iaitu folio PdPc, Folio
                    Penyelidikan, Folio Penilaian & Pentaksiran  dan folio Kokurikulum. Folio PdPc dihantar
                    setiap minggu pada setiap hari khamis.


                                                PETRA 2024/2025
                                                   [ 83 ]
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98