Page 37 - SMK SULTAN YAHYA PETRA 1 SESI 2024 2025
P. 37

Pengurusan Kurikulum

                             PERATURAN AM PENGURUSAN KURIKULUM


          1.0 Asas Pengurusan Kurikulum
                 1.1  Guru-guru hendaklah membaca dan memahami Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Objektif
                    Kementerian Pelajaran, Falsafah Pendidikan Islam dan Nilai-nilai Teras Sekolah Menengah
                 1.2  Membaca,  memahami  dan  berusaha  memathi  semua  ketetapan  dalam  Ketetapan  Am
                    sekolah.
                 1.3  Bekerjasama dan berusaha bersungguh-sungguh mencapai Visi dan Misi Kurikulum.

          2.0 Pengurusan Panitia
                 2.1  Semua ketetapan yang disenarikan dalam senarai tugas Jawatankuasa Pengurusan Panitia
                    mestlah dipatuhi.
                 2.2  Pengurusan Panitia mestilah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 2 Tahun
                    2023

          3.0 Pengurusan Jadual Waktu dan Jadual Guru Ganti
                 3.1  Ketetapan 12: Jadual Waktu Mengajar dalam Ketetapan Am hendaklah sentiasa dipatuhi.
                 3.2  Semua ketetapan yang disenaraikan dalam senarai tugas Jawatankuasa Jadual Waktu dan
                    Jawatankuasa Guru Ganti mestilah dipatuhi

          4.0 Pengajaran dan Pembelajaran
                 4.1  Ketetapan  11:  Perkara  berkenaan  Buku  Persediaan  Mengajar  dalam  Ketetapan  Am
                    hendaklah sentiasa dipatuhi.
                 4.2  Rancangan Harian dalam Buku Persediaan Mengajar guru hendaklah mengandungi Tajuk,
                    Standard Kandungan, Standard Pembelajaran, Kriteria Kejayaan, Aktiviti dan Refleksi.
                 4.3  Buku  Persediaan  Mengajar  juga  mesti  dilengkapi  dengan  DSKP,  Rancangan  Tahunan,
                    Jadual Waktu, Takwim dan Senarai Nama Murid kelas-kelas yang diajar.
                 4.4  DSKP dan Rancangan Tahunan boleh dimasukkan ke dalam fail berasingan dan disertakan
                    bersama apabila diminta menghantar/menyerahkan Buku Persediaan Mengajar kepada
                    pihak pentadbir/Nazir/Pegawai PPD/JPN/KPM atau mana-mana pihak yang berkenaan.
                 4.5  Semua  guru  mestilah  mengajar  matapelajaran  yang  diarah  oleh  Pengetua  dan  PdPc
                    menggunakan kaedah PAK 21.
                 4.6  Semua  guru  mestilah  menghabiskan  standard  kandungan  sehingga  penggal  2  tahun
                    semasa.
                 4.7  Semua guru dikehendaki mengajar sebagaimana arahan pekeliling perkhidmatan.
                 4.8  Semua  guru  mestilah  mengajar  dengan  cara  berdiri  (Atas  sebab  kesihatan  dibenarkan
                    duduk).
                 4.9  Semua  guru  hendaklah  merekod  penggunaan  Bilik-bilik  Khas  dalam  Buku  Rekod
                    Penggunaan Bilik Khas yang disediakan
                 4.10   Semua guru hendaklah merekod semua pengambilan dan pemulangan alatan di Bilik
                    Khas dalam Buku Rekod Pengambilan dan Pemulangan Alatan.
                 4.11   Guru dikehendaki mengisi dan menandatangani Rekod MMI selepas setiap PdPc.

          5.0 Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran
                 5.1  Semua  guru  akan  dicerap  oleh  Pengetua/PKP/Guru-guru  yang  dilantik  oleh  pihak
                    pentadbir mengikut Jadual Pencerapan yang telah disediakan.
                 5.2  Semua maklumat hendaklah diisi dalam Borang Pencerapan
                 5.3  Guru  Data  hendaklah  memasukkan  maklumat  Rekod  Pencerapan  itu  dan  membuat
                    pelaporan (analisis) dalam e-Cakna.
                 5.4  Pihak yang mencerap hendaklah membincangkan tindakan ke arah penambahbaikan PDP
                    dengan guru yang dicerap dan hasil perbincangan itu mesti direkodkan.



                                                PETRA 2024/2025
                                                   [ 27 ]
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42