Page 38 - SMK SULTAN YAHYA PETRA 1 SESI 2024 2025
P. 38
Pengurusan Kurikulum
6.0 Pengurusan Pembelajaran
6.1 Takwim peperiksaan disediakan dan dipatuhi.
6.2 Setiausaha peperiksaan yang berkenaan mesti menyediakan Jadual Peperiksaan dan jadual
pengawasan peperiksaan bagi setiap tahap.
6.3 Semua guru mesti mengisi dan menandatangani Buku Rekod Pengambilan Soalan dan
Penyerahan Skrip Jawapan yang disediakan oleh Setiausaha Peperiksaan yang berkenaan
6.4 Semua peraturan peperiksaan mesti sentiasa dipatuhi oleh guru-guru.
6.5 Setiausaha-setiausaha peperiksaan berkenaan dengan kerjasama guru-guru hendaklah
menyediakan analisis pencapaian pelajar dan pelaporan pencapaian pelajar untuk
diserahkan kepada penjaga.
6.6 Guru-guru adalah bertanggungjawab membantu setiausaha-setiausaha peperiksaan
berkenaan dan Ketua-ketua Panitia melengkapkan bank soalan bagi matapelajaran
masing-masing.
6.7 Semua ketetapan dalam senarai tugas Jawatankuasa Penilaian dan Pentaksiran mestilah
dipatuhi.
7.0 Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid (SHKM)
7.1 Pihak pentadbir hendaklah menyediakan surat pemakluman SHKM kepada semua guru
dan murid.
7.2 Pihak sekolah dikehendaki menyediakan takwim dan jadual SHKM yang mesti dipatuhi
oleh semua guru.
7.3 Pihak pentadbir perlu menggunakan Borang Pengesanan SHKM untuk merekod SHKM di
mana satu salinan untuk simpanan sekolah dan satu lagi diserahkan kepada guru
berkenaan.
7.4 Guru yang dipertanggungiawabkan perlu menyediakan Laporan Perbincangan SHKM setel
tamat tempoh sesuatu SHKM untuk rujukan dan tindakan.
8.0 Pusat Sumber Sekolah (PSS)
8.1 Semua peraturan PSS mestilah dipathi oleh guru, pelajar dan kakitangan sekolah.
8.2 Guru PSS mesti memastikan sistem pinjaman buku yang digunapakai adalah efektif dan
kemaskini.
8.3 Semua pinjaman dan penghantaran buku mesti direkodkan dalam Buku Rekod Pinjaman
dan Penghantaran Buku.
8.4 Surat Peringatan Pemulangan Buku hendaklah diserahkan kepada sesiapa yang gagal
memulangkan buku pada tarikh yang sepatutnya.
8.5 Guru PSS dan ahli PSS dengan kerjasama pihak sekolah dan guru hendaklah menyediakan
program promosi dan galakan untuk meningkatkan minat kecenderungan pelajar kepada
budaya membaca buku.
8.6 Guru PSS hendaklah menyediakan Jadual Penggunaan Pusat Sumber untuk menentukan
giliran penggunaannya oleh guru-guru dan pelajar.
8.7 Guru PSS hendaklah membuat analisis penggunaan dan pinjaman buku dalam masa
tertentu bagi tahun berkenaan.
8.8 Semua ketetapan dalam senarai tugas Jawatankuasa Pusat Sumber mestilah dipatuhi.
9.0 Kecemerlangan Akademik
9.1 Semua ketetapan dalam senarai tugas Jawatankuasa Keemerlangan Akademik mestilah
dipatuhi.
10.0 Arahan, Pekeliling dan Keputusan Mesyuarat
10.1 Semua Arahan, Pekeliling dan keputusan mesyuarat adalah ketetapan yang mesti
dipatuhi pada setiap masa.
PETRA 2024/2025
[ 28 ]

