Page 50 - SMK SULTAN YAHYA PETRA 1 SESI 2024 2025
P. 50
Pengurusan HEM
BAB 4 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM)
1. Semua Guru Adalah Guru Disiplin
Saranan KPPM dalam meningkatkan disiplin pelajar di sekolah ialah menguatkuasakan SURAT
PEKELILING IKHTISAS BIL. 10/2001 : Semua Guru Adalah Guru Disiplin dan memastikan semua
guru memperuntukkan masa selama 2 minit sebelum P&P untuk membicarakan aspek disiplin
Petikan SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 10/2001 :
Semua Guru Adalah Guru Disiplin
”..... tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan
kebanyakan dari masalah-masalah tatatertib dan
perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru besar(pengetua) oleh kerana ini
akan menjadi perkara biasa. Hanya tatatertib yang berat yang harus diserahkan kepada
guru besar(Pengetua)”.
2. Tatacara Menyelesaikan Masalah Disiplin
i. Guru harus melihat atau menganggap tiap-tiap kesalahan secara objektif. Elakkan daripada
nafsu marah dan jauhkan daripada membuat kesimpulan terburu-buru tanpa penyelidikan
terlebih dahulu. Jika was-was ,minta pendapat rakan sejawat atau pengetua.
ii. Wujudkan suasana tenang di antara guru dan pelajar sebelum memulakan usaha
penyelidikan/siasatan mengenai punca masalah disiplin pelajar.
iii. Berikan peluang kepada pelajar menjelaskan kesalahannya dan guru hendaklah mendengar
penjelasan pelajar dengan teliti dan cuba memahami masalahnya terlebih dahulu sebelum
membuat keputusan.
iv. Jika pelajar didapati bersalah ,guru seharusnya membantu pelajar menyedari kesalahannya
dan menasihatinya untuk mengubah kelakuan. Sekiranya usaha ini gagal dan kesalahan
diulangi, minta kerjasama guru lain seperti Kaunselor , S/U Disiplin atau PK HEM untuk
menyelidiki dan mengkaji punca masalah berkenaan. Pastikan pelajar itu mengaku bersalah
barulah tindakan yang sesuai diambil.
v. Jika masalah disiplin itu ada kaitan dengan keluarga pelajar, guru patutlah meminta kerjasama
daripada ibubapa atau penjaga untuk menyelesaikan masalah berkenaan dengan pengetahuan
pengetua.
vi. Kadang kala masalah disiplin mempunyai kaitan dengan masalah ekonomi keluarga. Dalam hal
ini ,guru bolehlah merujuknya kepada Unit Kebajikan Pelajar untuk dilanjutkan kepada
Pegawai Kebajikan Masyarakat melalui Pengetua.
vii. Di mana kesalahan disiplin bersabit dengan jenayah ,penggunaan dadah, peras ugut, subversif,
antisosial, mencuri dan lain-lain seumpamanya, Pengetua hendaklah dimaklumkan dengan
serta merta.
viii. Sentiasa menyimpan rahsia sekolah atau pelajar berkaitan berhubung dengan sebarang
perbincangan kes-kes pelajar atau insiden-insiden dalaman yang difikirkan sulit untuk
pengetahuan umum untuk menjaga maruah pelajar berkenaan atau sekolah.
PETRA 2024/2025
[ 40 ]

