Page 51 - SMK SULTAN YAHYA PETRA 1 SESI 2024 2025
P. 51
Pengurusan HEM
3. Peranan Guru
i. Mengawasi disiplin di dalam bilik darjah ,di sekitar sekolah dan juga dalam kegiatan-kegiatan
di luar sekolah. Guru hendaklah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pengetua dan sesama
rakan sejawat dalam tugas melaksanakan disiplin sekolah.
ii. Menjalankan hukuman disiplin apabila diarahkan oleh pengetua secara arahan nyata mengikut
peraturan-peraturan yang ada.
iii. Kes-kes disiplin yang berlaku semasa guru tiada didalam kelas- Guru yang sepatutnya
mengajar pada waktu tersebut akan bertanggungjawab dan akan bersama-sama PK Hem dan
Unit Disiplin menyelesaikan kes tersebut hingga ke akhir.
4. Peranan Guru Badan Disiplin Sekolah
i. Membantu pengetua merangka atau membuat peraturan-peraturan sekolah.
ii. Menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi sepanjang masa kegiatan dijalankan sama
ada di dalam atau di luar sekolah.
iii. Mengawasi dan membimbing pengawas-pengawas sekolah.
iv. Menjadi penyelaras di antara guru-guru dan pengetua di dalam hal ehwal disiplin pelajar-
pelajar.
v. Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh pengetua.
vi. Menjadi pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibubapa atau penjaga di
dalam masalah disiplin.
vii. Membantu pengetua menanam semangat kesetiaan dan kekitaan dikalangan murid-murid
dan guru-guru.
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/1983
Perbuatan Salah laku yang Tidak Dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan,
Mengetuk
Menyekel
Menampar
Mencubit hingga lebam :
Memulas telinga
Mengenjut beberapa kali sambil memegang telinga
Mencela
Mendera seperti berlari keliling padang
Menjemur
Menconteng pakaian
PETRA 2024/2025
[ 41 ]

