Page 75 - SMK SULTAN YAHYA PETRA 1 SESI 2024 2025
P. 75

Pengurusan Kokurikulum

                            PENGURUSAN STANDARD KEGIATAN KOKURIKULUM

             PENYERTAAN MURID.
             1.  Setiap  murid  diwajibkan  menyertai  tiga  aktiviti  kokurikulum  yang  terdiri  daripada  satu  sukan  dan
                 permainan, satu unit beruniform  dan satu kelab dan persatuan sebagai aktiviti sepanjang tahun
             2.  Murid  hanya  perlu  memilih  ketiga-tiga  aktiviti  kokurikulum  berdasarkan  apa  yang  ditawarkan  oleh
                 sekolah.

             PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM PADA HARI RABU MINGGU PERTAMA
             SETIAP BULAN
                 ❖  Pakaian unit uniform lengkap
                 ❖  Dikendalikan oleh murid sepenuhnya dan diselaraskan oleh s/u kokurikulum
                 ❖  Guru-guru mesti memakai pakaian unit beruniform

             MASA AKTIVITI
             1.  Aktiviti wajib pada setiap hari Rabu dari 07.45 pagi hingga 08.45 pagi.
             2.  Aktiviti pasukan sekolah ialah pada pukul 07.30. hingga  09.30 pagi waktu persekolahan  dan pada hari
                 Sabtu dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Latihan waktu petang disesuaikan oleh guru-guru terbabit.
             3.  Aktiviti juga boleh dilaksanakan pada setiap hari mengikut keperluan dan keadaan semasa.
             4.  Guru yang terlibat aktiviti yang dijalankan pada waktu pdpc mesti memastikan kelas yang terlibat
                 diberi tugasan atau latihan yanag bersesuaian.

             BILANGAN PERJUMPAAN
             ●   Bilangan perjumpaan setahun bagi semua murid ialah
                    a. Sukan dan permainan                  - 12 kali perjumpaan
                    b. Unit beruniform                            - 12 kali perjumpaan
                    c. Kelab dan persatuan                     - 12 kali perjumpaan.

             KOD PAKAIAN
             1.  Aktiviti sukan dan permainan.
                    a.   Baju kokurikulum atau baju T sukan atau sekolah dan seluar trek
                    b.  Bagi pelajar perempuan yang bertudung hanya tudung sekolah sahaja yang dibenarkan
             2.  Aktiviti unit beruniform
             3.  Pakaian seragam unit uniform masing-masing
             4.  Aktiviti kelab dan persatuan
             5.  Pakaian seragam sekolah atau baju kokurikulum atau T shirt sekolah
             6.  Aktiviti luar sekolah
             7.  Baju kokurikulum sekolah atau pakaian seragam sekolah
             8.  Sukan tara dan Merentas Desa dan Kejohanan Olahraga
                 ❖  Baju T rumah sukan atau baju T sekolah atau baju T putih dan seluar trek bagi pelajar lelaki
                 ❖  Baju T rumah sukan atau baju T sekolah atau Baju T putih berlengan panjang dan seluar trek

             PENILAIAN PENILAIAN AKTIVITI JASMANI SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)

             1.  Pengisian PAJSK dilakukan oleh guru tingkatan semasa.
             2.  Guru tingkatan mengagihkan buku PAJSK pada awal tahun dan mengumpul semula buku laporan PAJSK
                 sebagai bukti penglibataan pelajar dalam Kokurikulum.
             3.  Markah PAJSK perlu dicetak dipamer dan diberi kepada pelajar kelas masing-masing.
             4.  Guru tingkatan 1,2 dan 4 mencetak PAJSK secara online seterusnya menyerahkan salinan kepada pelajar
                 dan satu salinan dimasukkan ke dalam fail peribadi pelajar.
             5.  Guru tingkatan 3 dan 5 mencetak PAJSK secara online seterusnya menyerahkan salinan kepada SU
                 Peperiksaan dan satu salinan dimasukkan ke dalam fail peribadi pelajar.
             6.  Menyimpan rekod PAJSK secara hardcopy/cetakan dan softcopy. Memastikan rekod PAJSK dapat
                 diserahkan kepada pelajar jika diperlukan segera.




                                                PETRA 2024/2025
                                                   [ 65 ]
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80