Page 72 - SMK SULTAN YAHYA PETRA 1 SESI 2024 2025
P. 72
Pengurusan Kokurikulum
DASAR DAN KETETAPAN KOKURIKULUM
BIDANG TUGAS PK KO-KURIKULUM
1. Merancang aktiviti kokurikulum sekolah-rancangan jangka panjang/pendek
2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
3. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
4. Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
5. Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.
6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat Daerah/Negeri/
Kebangsaan.
7. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.
8. Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah, Merentas Desa, Hari Kokurikulum dan kegiatan lain.
9. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
10. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah.
SUKAN DAN PERMAINAN
1. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan.
2. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi
cemerlang dalam bidang masing-masing.
3. Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat.
4. Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah.
5. Menguruskan pemilihan peserta sukan untuk elit bagi mewakili sekolah.
6. Mengawal dan menilai setiap kegiatan sukan dan permainan supaya mencapai matlamatnya.
KELAB / PERSATUAN
1. Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik dan
koakademik.
2. Memastikan pelaksanaan program kelab/persatuan berjalan mengikut jadual
UNIT BERUNIFORM
1. Merancang strategi penglibatan unit beruniform sekolah.
2. Menyelaras pelaksanaan program unit beruniform berjalan mengikut jadual.
3. Memastikan pelaksanaan program unit beruniform berjalan mengikut jadual.
PENYELARAS UNIT BERUNIFORM/SUKAN PERMAINAN/KELAB PERSATUAN
1. Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum.
2. Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum.
3. Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum telah diambil.
4. Membantu dan mengurus segala penerbitan majalah /artikel sekolah.
5. Menyelaras pembahagian pelajar dalam kumpulan/rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi
aktiviti setiap rumah.
6. Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan kokurikulum.
7. Memastikan rekod-rekod dan data kokurikulum diselenggara dengan baik.
8. Mengenalpasti guru/pelajar yang berpotensi untuk maju mengadakan program khas untuk mereka.
PETRA 2024/2025
[ 62 ]

