Page 70 - SMK SULTAN YAHYA PETRA 1 SESI 2024 2025
P. 70
Pengurusan Kokurikulum
BAB 5 PENGURUSAN KOKURIKULUM
1. WARTA KERAJAAN,21 MEI 1998
PERATURAN-PERATURAN PENUBUHAN (PERSATUAN SEKOLAH)
Dalam Warta Kerajaan bertarikh, 21hb Mei 1998, Jld 42, No. 11, Tambahan no. 41,Perundangan
P.U(A) 196 ada dinyatakan :
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 130 Akta Pendidikan 1996, Menteri
membuat peraturan yang berikut :
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan peraturan-peraturan pendidikan (Persatuan
Sekolah) 1998 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 21 Mei 1998.“Persatuan Sekolah” ertinya
apa-apa kelab atau persatuan pelajar dan guru sekolah.
Guru besar atau pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis, hendaklah
menubuhkan persatuan sekolah dari kategori yang berikut :
a. Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan), 1997.
b. Hobi dan rekreasi.
c. Sukan dan Permainan
d. Badan Beruniform.
e. Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1/1985
2.
(SPI 1/85 KP (BS) 8591/Jld. 11 (29) bertarikh,2 Januari 1985)
Penglibatan Wajib Pelajar dalam kokurikulum :
5.1) Matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap
orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya
dalam salah satu gerak kerja pakaian seragam, satu kegiatan kelab/persatuan dan
satu kegiatan sukan / permainan.
Penglibatan Wajib Guru dalam kokurikulum :
5.2) Penglibatan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan
pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah.
3. SEK. 18, AKTA PENDIDIKAN 1996, (AKTA 550)
Kegagalan/ keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah
satu kesalahan :
Jika sabit kesalahan boleh dihukum :
i. Denda tidak melebihi RM5000, Atau
ii. Penjara tidak melebihi 6 bulan, Atau
iii. Kedua-duanya
4. TEMA 2024-2025
“MENERUSKAN KELANGSUNGAN KEGEMILANGAN KOKURIKULUM”
PETRA 2024/2025
[ 60 ]

