Page 73 - SMK SULTAN YAHYA PETRA 1 SESI 2024 2025
P. 73
Pengurusan Kokurikulum
BIDANG TUGAS SETIAUSAHA KOKURIKULUM
1. Merancang dan menyusun semua aktiviti kokurikulum di sekolah. Menyelaras, menyelia dan menilai
pelaksanaan semua program kokurikulum sekolah
2. Menyediakan takwim aktiviti kokurikulum sepanjang tahun
3. Mendapatkan laporan tentang aktiviti setiap bidang kokurikulum
4. Menyediakan minit mesyuarat jawatankuasa kokurikulum sekolah
5. Menguruskan penilaian aktiviti kokurikulum/PAJSK.Mengumpulkan maklumat dan menyimpan rekod
aktiviti kokurikulum
6. Merancang kursus pendek untuk AJK Tertinggi Persatuan/Kelab dan Badan Beruniform.
7. Membantu merancang aktiviti kokurikulum sekolah-rancangan jangka panjang/pendek
8. Membantu mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
9. Membantu menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
10. Membantu menentukan takwim dan jadual aktiviti.
11. Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan
kokurikulum peringkat Daerah/Negeri/ Kebangsaan.
12. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.
13. Menentukan tarikh Kejohanan Sukan Sekolah, Merentas Desa, Hari Kokurikulum dan kegiatan lain.
14. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
15. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah
16. Menyediakan laporan penglibatan semua pelajar dalam kokurikulum diperingkat
sekolah/daerah/negeri/kebangsaan dan antarabangsa.
BIDANG TUGAS SETIAUSAHA SUKAN
1. Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah. Menetapkan pelajar dalam rumah sukan
2. Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD, MSSK, MSSM.
3. Membantu PKKO mengagih tugas guru dalam olahraga dan permainan.
4. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
5. Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
6. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan
7. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
8. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran ,
rujukan dan rekod.
9. Mengisi Modul Instrumen Bancian Kemudahan Prasarana Dan Program Sukan Sekolah(i-KePS) secara
dalam talian di Bahagian Sukan KPM.
JAWATANKUASA MAJLIS SUKAN SEKOLAH
1. Menentukan objektif sukan sekolah tercapai.Merancang aktiviti sukan sekolah jangka panjang / pendek.
2. Mengenalpasti T.O.V (take of Value) dan merancangkan aktiviti sukan.
3. Merancang strategi peningkatan dan penglibatan dalam sukan.
4. Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di sekolah.Meningkatkan
kemahiran guru melalui klinik sukan.
5. Menambah kepakaran untuk peningkatan sukan sekolah melalui kursus dalaman / luaran.
6. Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi menjamin keselamatan,
kelancaran dan kelicinan pelaksanaan.
BIDANG TUGAS GURU SUKAN PERMAINAN
1. Membentuk Jawatankuasa.Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam
permainan.
2. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar.
3. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah.
4. Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/Kelas/Tingkatan/Sekolah.
5. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar sekolah.
6. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
7. Mengurus surat kebenaran ibubapa/penjaga untuk pertandingan luar sekolah.
8. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
9. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
10. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan
mencukupi untuk digunakan.
PETRA 2024/2025
[ 63 ]

