Page 74 - SMK SULTAN YAHYA PETRA 1 SESI 2024 2025
P. 74
Pengurusan Kokurikulum
11. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkannya.
12. Mengisi dan memastikan semua maklumat dalam Buku Laporan Kokurikulum yang dibekalkan
lengkap dan menyerahkan kepada S/U Kokurikulum pada akhir tahun.
13. Merekodkan dan menghantar nama-nama pelajar dan pasukan yang cemerlang dalam semua
pertandingan yang disertai. (Johan Daerah/Negeri/Wakil Daerah/Wakil Negeri dan Negara.)
BIDANG TUGAS PENYELARAS
PERSATUAN/KELAB/UNIT BERUNIFORM/SUKAN PERMAINAN
1. Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/unit beruniform..Menyediakan jadual waktu untuk
perjumpaan dan mesyuarat.Menyelaras semua aktiviti.
2. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar sekolah.
3. Menyediakan borang kebenaran ibubapa/penjaga untuk pelajar memasuki persatuan/kelab/unit
beruniform.
4. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
5. Memastikan Peraturan Perlembagaan dan Minit Mesyuarat Agung direkodkan dan failkan
6. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.
7. Mengisi dan memastikan semua maklumat dalam Buku Laporan Kokurikulum yang dibekalkan
lengkap dan menyerahkan kepada S/U Kokurikulum pada akhir tahun.
8. Merekodkan dan menghantar nama-nama pelajar dan pasukan yang cemerlang dalam semua
pertandingan yang disertai. (Johan Daerah/Negeri/Wakil Daerah/Wakil Negeri dan Negara.)
BIDANG TUGAS GURU PENASIHAT
PERSATUAN/KELAB/UNIT BERUNIFORM
1. Membentuk jawatankuasa persatuan/kelab.Memastikan aktiviti persatuan selaras dengan objektif
sekolah
2. Memastikan adanya peraturan/perlembagaan dan ahli jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang
dicatat dalam perlembagaan
3. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar dan menyerahkan kepada Penyelaras untuk
simpanan dan rekod.
4. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
5. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar sekolah.
6. Bekerjasama dengan pihak untuk menjayakan aktiviti-aktiviti seperti Hari Kokurikulum, Hari Sukan,
Hari Guru dan lain-lain.
7. Memastikan dan menceriakan papan kenyataan KO digunakan sepenuhnya terutama dari segi info
aktiviti yang dijalankan.
8. Mengisi dan memastikan semua maklumat dalam Buku Laporan Kokurikulum yang dibekalkan
lengkap dan menyerahkan kepada S/U Kokurikulum pada akhir tahun.
9. Mencadang dan menyediakan nama ahli-ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada
Jawatankuasa Kokurikulum.
BIDANG TUGAS KETUA RUMAH SUKAN DAN GURU RUMAH SUKAN
1. Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan pelajar)
2. Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
3. Membentuk jawatankuasa rumah dikalangan pelajar yang meliputi olahraga dan permainan.
4. Menjalankan Mesyuarat Agung rumah sukan dan permainan.
5. Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
6. Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada Setiausaha Sukan untuk
dicalonkan sebagai wakil sekolah.
7. Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan.
8. Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu latihan rumah sukan. Kedatangan dicatat dalam buku
kehadiran.
9. Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara rumah
sukan.
10. Merekodkan kedatangan pelajar dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir.
11. Mengawasi keselamatan pelajar waktu latihan.Menyemai semangat kesukanan dikalangan pelajar.
PETRA 2024/2025
[ 64 ]

