Page 17 - SMK SULTAN YAHYA PETRA 1 SESI 2024 2025
P. 17
Pengurusan Sekolah
BAB 2 PENGURUSAN SEKOLAH
KETETAPAN PENGURUSAN
1. Asas Pengurusan Sekolah
1. Guru dan staf sokongan hendaklah membaca, memahami dan menghayati Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Objektif Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Bersama memahami ,berkongsi dan menghayati Visi dan Misi Sekolah.
3. Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, Matlamat dan Objektif Sekolah.
4. Bertekad dan beriltizam melaksana Piagam Pelanggan Sekolah.
5. Dalam menjalankan tugas, kepentingan pelajar dan sekolah melebihi kepentingan peribadi.
6. Semua guru adalah guru disiplin.
7. Semua guru adalah guru kaunseling.
2. KEDATANGAN
1. Jadual waktu persekolahan/waktu kerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan.
2. Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu persekolahan
(7.40 pagi) dan merakam waktu semasa sampai dan sebelum balik sekolah di pejabat.Waktu
pulang untuk semua guru ialah pada jam 2.15 petang.
3. Guru hendaklah memberitahu pihak sekolah secepat mungkin, sekiranya tidak dapat
hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang munasabah.
4. Semua urusan peribadi guru dilakukan di luar waktu persekolahan kecuali keadaan
kecemasan.
5. Waktu bekerja semua staf sokongan mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam yang
sedang berkuatkuasa
3. KELUAR WAKTU BERTUGAS
1. Pada waktu persekolahan ,guru/staf tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah kecuali
jika ada perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan daripada KPM/JPN/PPD dan
mendapat kebenaran pihak pengetua.
2. Guru dikehendaki mengisi 2 salinan Borang Kebenaran Keluar(berkarbon) dan dapatkan
tandatangan pengetua atau Penolong Kanan. Serahkan borang itu kepada pengawal di pintu
pagar sekolah.
3. Kerja bertulis hendaklah disediakan untuk pelajar sebelum meninggalkan sekolah.
4. Staf sokongan dikehendaki mendapatkan kebenaran keluar daripada pengetua atau wakil dan
mengisi borang kebenaran keluar serta dapatkan tandatangan.
5. Guru dan staf hendaklah merakam waktu semasa keluar dan masuk semula.
4. MELAKUKAN KERJA LUAR
Penjawat awam dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am Bab ‘ D ’
berikut :
1. Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.
2. Dibenarkan dengan syarat :-
3. Tidak dilakukan semasa waktu bekerja/pejabat
4. Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam
5. Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan
6. Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru-guru diingatkan bahawa tindakan
tersebut adalah melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) subseksyen 79(1) dan
subseksyen 132 (g) di mana boleh didenda tidak melebihi RM 5,000 atau dipenjarakan
selama tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
PETRA 2024/2025
[ 7 ]

