Page 22 - SMK SULTAN YAHYA PETRA 1 SESI 2024 2025
P. 22
Pengurusan Sekolah
20. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH
1. Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan rasmi sekolah pada masa yang
ditetapkan.
2. Semua guru hendaklah memakai baju koperat KPM.
3. Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah.
21. MESYUARAT GURU/TAKLIMAT GURU
1. Pengetua akan memanggil guru bermesyuarat dari semasa ke semasa. Kedatangan guru ke
mesyuarat adalah diwajibkan.
2. Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh semua Guru Penolong
Kanan/Guru Kanan/Ketua Panitia.
3. Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja. Kemeja T,seluar
trek, selipar tidak dibenarkan.
22. ACARA/MAJLIS RASMI SEKOLAH/ MESYUARAT/KURSUS DALAMAN
1. Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara/majlis rasmi sekolah dan juga kursus
dalaman.
2. Guru yang tidak hadir ,perlu mengemukakan surat pemberitahuan ketidakhadiran kepada
pengetua. Satu salinan akan disimpan dalam fail peribadi guru berkenaan.
23. KEAHLIAN KELAB WARGA PETRA /PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG)
Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru (Kelab Kebajikan Petra) dan PIBG
sekolah.
24. PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEJAWAT
1. Guru dan staf sokongan hendaklah memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik
dan sihat sesama rakan dan sentiasa mengawal tutur kata, supaya wujud perasaan kekitaan
dalam organisasi.
2. Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa
pandangan/fahaman/pendapat sesama rakan atau pun pelajar sekolah ini.
3. Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kaum, status sosial, sosio ekonomi,
kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.
25. ARAHAN DAN PEKELILING
1. Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh pengetua hendaklah dibaca dengan teliti
dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
2. Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail
khas.
26. PENGGUNAAN ALAT-ALAT
1. Penggunaan alat-alat hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.
2. Mesti mendapat kebenaran daripada Penjaga Stok dan direkodkan.
3. Hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta
berkeadaan baik.
4. Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta dan menggantinya.
27. TELEFON
1. Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru atau staf sekolah tidak
dibenarkan menggunakan telefon sekolah untuk urusan peribadi.
2. Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa P&P di dalam bilik darjah dan semasa
mesyuarat.
PETRA 2024/2025
[ 12 ]

