Page 18 - SMK SULTAN YAHYA PETRA 1 SESI 2024 2025
P. 18

Pengurusan Sekolah
              5.    CUTI

                 Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24
                 Disember 1993. guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti
                 rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh pengetua tidak melebihi separuh daripada
                 jumlah cuti sesuatu tahun uantuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas menjagar
                 biasa.

             1.  Gantian Cuti Rehat (GCR)
                 a.  Cuti sambilan tidak lebih daripada tujuh (7) hari yang diberi kepada Pegawai
                    Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun
                    1977 diganti dengan Gantian Cuti Rehat sebanyak sepuluh (10@15) hari dalam satu
                    tahun kalendar ; dan
                 b.  Gantian Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskan tidak dapat dibawa ke tahun berikutnya
                    tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Rehat bagi
                    pegawai yang layak.
                 c.  Cuti ini layak kepada semua guru termasuk Guru Sandaran Terlatih dan Guru Kontrak.
                 d.  Kelulusan diberikan pengetua dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan
                    pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
                 e.  Bilangan hari GCR yang layak diambil adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan yang
                    melayakkan dalam tahun berkenaan (rujuk Perintah Am 1 (ix) Bab C.

             2.  Cuti Sakit
                 a.   Sijil Sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta melebihi dua hari berturut-turut hendaklah
                     disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
                 b.  Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun.
                 c.   Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke
                     Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan.

             3.  Cuti Keluar Negara
                 Semua guru yang bercuti keluar negara mesti mendapat kelulusan. Sila isikan borang
                 permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.

             4.  Cuti Khas – Isteri bersalin
                 Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan
                 awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini
                 dihadkan kepada lima kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

             5.  Cuti Tanpa Rekod
                 Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan
                 pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/pasukan, latihan
                 syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil
                 bahagian sukan, tugas khas perubatan.

             6.  Cuti Urusan Kematian Keluarga Tedekat
                 Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari sebagai
                 cuti tanpa rekod .Ahli keluarga yang diambil kira : suami atau isteri, ibu dan bapa kandung
                 serta ibu dan bapa mertua. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am.
                 Kelulusannya tertakhluk kepada kepentingan perkhidmatan.








                                                PETRA 2024/2025
                                                    [ 8 ]
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23