Page 19 - SMK SULTAN YAHYA PETRA 1 SESI 2024 2025
P. 19
Pengurusan Sekolah
6. PAKAIAN
1. Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan
masyarakat timur.
2. Pakaian berbentuk seluar, baju tanpa lengan dan skirt atas paras lutut tidak
dibenarkan bagi guru perempuan.
3. Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang
sesuai.
4. Semua guru lelaki dikehendaki memakai kasut/sepatu. Guru perempuan juga
dikehendaki memakai sepatu (kasut sarung/bukan sandal) supaya kelihatan
lebih kemas dan rasmi.
5. Semua guru hendaklah memakai
i. Ahad – Baju koperat
ii. Rabu – Baju Kokurikulum/Unit Beruniform
iii. Khamis - Batik
6. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang
sesuai :
7. Guru perempuan : seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja T
,kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
8. Guru lelaki : Seluar trek atau seluar panjang yang sesuai .Kemeja T, kemeja
sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
7. TANDA NAMA
Semua guru dan staf sokongan hendaklah memakai tanda nama pada hari
persekolahan ,majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah
8. BILIK GURU
1. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas.Masa
tersebut hendaklah dianggap ‘non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’.
Masa tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja.
Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di
bilik guru.
2. Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggjawab
memastikan suasana yang sesuai dan tidak menganggu ketenteraman orang
lain.
3. Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru.
4. Kebersihan dan keselamatan bikik guru adalah menjadi tanggungjawab semua
guru, termasuk keselamatan harta benda yang terdapat dalam bilik guru.
5. Sesiapa yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan semua
komputer ,lampu , air-cond dipadamkan dan semua pintu dikunci.
9. MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
1. Sekiranya guru menghadapi masalah dengan bidang perjawatan, beliau bolehlah
berurusan dengan Ketua Pembantu Tadbir atau pengetua.
2. Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran pula bolehlah
berurusan dengan Ketua Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Cemerlang
atau Guru Penolong Kanan.
PETRA 2024/2025
[ 9 ]

