Page 20 - SMK SULTAN YAHYA PETRA 1 SESI 2024 2025
P. 20
Pengurusan Sekolah
10. TUGAS GURU
1. Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, HEM dan juga
pentadbiran.
2. Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat di JPN atau PPD atau di
sekolah lain hendaklah dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh
mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan pengetua.
3. Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar,
minit curai hendaklah dikemukakan kepada pengetua dengan menggunakan
borang khas di pejabat sekolah.
4. Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus atau seumpamanya ,hendaklah
menjalankan “ In House Training “ dan maklumkan kepada penolong
Kanan/pengetua tarikh dan masa pelaksanaannya.
5. Guru yang melaksanakan tugas rasmi di luar , hendaklah menyediakan bahan
tugasan bertulis dan maklumkan kepada Ketua Bidang.
11. FAIL REKOD MENGAJAR( RPH)
1. Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan fail rekod mengajar.
Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Fail
ini hendaklah diserahkan kepada Guru Kanan berkenaan untuk disemak dan
ditandatangani pada setiap hari khamis.
2. Guru yang bercuti , fail rekodnya hendaklah diserahkan kepada Guru Penolong
Kanan, untuk urusan guru ganti.
3. Setiap akhir tahun persekolahan Fail Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke
pejabat sekolah.
12. JADUAL WAKTU MENGAJAR
1. Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan.
2. Guru tidak dibenarkan mengubahkan jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran.
3. Guru Tingkatan hendaklah menyediakan salinan jadual waktu untuk
dipamerkan dalam kelas sendiri
13. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
1. Kerjasama semua guru amat diperlukan dalam menjaga kselamatan harta benda
sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja
atau tidak hendaklah dimaklum kepada Guru Penolong Kanan HEM.
2. Ketua Panitia/Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan
mengenai penggunaan alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dll.
14. KEBERSIHAN
1. Semua guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran
bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan untuk tingkatan
masing-masing. Alat-alat membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan
cermat dan disimpan dengan baik.
2. Guru Kanan/ Ketua Panitia yang mempunyai bilik-bilik tertentu seperti makmal,
bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keceriaan bilik masing-
masing.
3. Semua guru , staf sokongan dan pelajar sama-sama bertanggungjawab terhadap
kebersihan kawasan sekolah
PETRA 2024/2025
[ 10 ]

