Page 24 - SMK SULTAN YAHYA PETRA 1 SESI 2024 2025
P. 24
Pengurusan Sekolah
7. Guru Kelas hendaklah menghantar surat peringatan secara berkala kepada ibu bapa/
penjaga pelajar yang tidak menjelaskan Bayaran Tambahan PIBG supaya tidak berlaku
tunggakan hasil sekolah/kerajaan.
c. Serahan Pungutan
1. Pungutan yang dibuat oleh guru kelas hendaklah direkodkan dalam Borang Kutipan
dan Serahan Bendahari sekolah atau Bendahari PIBG
2. Borang kutipan dan Wang pungutan mesti diserah bersama-sama dengan buku resit
untuk semakan.
3. Bila pungutan diserah kepada Pengetua/Wakil, Resit Rasmi akan dikeluarkan sebagai
perakuaan penerimaan serahan.Semua serahan pungutan akan dimasukkan ke dalam
bank pada hari yang sama oleh Pengetua/wakil.
B. PROSEDUR PEROLEHAN MENGGUNAKAN PCG MATAPELAJARAN
1. Ketua Panitia berbincang dengan GK bersama guru ( Perancangan dlm mesy panitia )
terlebih dahulu sebelum membuat pembelian.
2. Pastikan baki peruntukan mencukupi untuk membuat pembelian melalui Unit Kewangan
Sekolah.
3. Mengisi Nota Minta.
4. Dapatkan kelulusan Pengetua dengan tandatangan pada Nota Minta.
5. Serah Nota Minta yang telah diluluskan kepada Unit Kewangan untuk tindakan.
6. Buat pesanan/pembelian dan perolehan dengan memastikan barangan diterima bersama
invois pembekal.
7. Ketua Panitia bertanggungjawab melengkapkan perakuan terima pada Pesanan Sekolah
dan mengesahkan barangan yang dipesan telah diterima.
8. Rekod dalam stok panitia jika barang habis guna. Jika barangan harta modal, pastikan rekod
dalam daftar Aset ( tindakan KP/org bertanggungjwb dan PT ).
9. Untuk pembelian menggunakan Panjar Wang Runcit, guru-guru hendaklah menyerahkan
bil tunai kepada Unit Kewangan pada hari yang sama pembelian. Pembelian tunai tidak
melebihi RM100. Bil yang lewat dihantar tidak akan diproses.
10. Pesanan/pembelian/perolehan tanpa kelulusan pengetua tidak akan dibayar oleh pihak
sekolah.
C. PROSEDUR TUNTUTAN PERJALANAN (MELALUI SISTEM HRMIS)
1. Tuntutan perjalanan hendaklah dihantar sebelum 7 haribulan pada bulan berikutnya.
Tuntutan yang dihantar selepas pada tarikh tersebut tidak akan diproses.
2. Pembayaran bergantung pada peruntukan yang disalurkan oleh pihak JPN kepada sekolah.
3. Segala tuntutan yang dikuiri oleh Unit Kewangan Sekolah hendaklah segera diperbetulkan
bagi mengelakkan AP100(a) dan Surat Tunjuk Sebab.
4. Pastikan borang tuntutan perjalanan adalah lengkap, terkini dan seragam.
D. PROSEDUR TEMPAHAN MAKANAN
1. Tempahan makan dengan Kantin sekolah untuk tetamu, majlis sekolah dan sebagainya
mestilah dengan kebenaran Pengetua. Buat perbincangan lebih awal.
2. Wajib mengisi borang tempahan yang ditandatangan oleh Pengetua.
3. Pihak kantin tidak akan menerima tempahan tanpa kelulusan Pengetua.
4. Tempahan tanpa kelulusan pihak sekolah tidak akan membuat pembayaran.
PETRA 2024/2025
[ 14 ]

