Page 23 - SMK SULTAN YAHYA PETRA 1 SESI 2024 2025
P. 23
Pengurusan Sekolah
28. KUNCI
1. Semua kunci mesti disimpan di pejabat, guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi
Buku Rekod Peminjaman di pejabat.
2. Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran
daripada pengetua dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah.
29. BUKU STOK/INVENTORI
1. Ketua Panitia/Ketua Unit bertanggungjawab menguruskan buku stok/inventori dan
memastikan maklumat dalam buku stok/inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa
dikemaskini.
2. Ketua Panitia/Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku stok/inventori ini dari semasa
ke semasa dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk disahkan oleh Guru Penolong
Kanan/pengetua.
30. KOMPUTER RIBA/LCD PROJEKTOR
1. Guru yang diberi kemudahan kmputer riba dan LCD projektor hendaklah mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan oleh KPM. Sebarang penggunaan yang menyalahi etika akan
dapat dikesan.
2. Pastikan komputer berkenaan benar-benar dimanfaatkan untuk P&P sebagaimana objektif
penggunaannya.
31. PENGURUSAN KEWANGAN
A. TATACARA PUNGUTAN YURAN SEKOLAH
a. Kebenaran Pungutan
1. Setiap pungutan yuran sekolah mesti mendapat kebenaran bertulis Pengarah
Pendidikan Negeri.
2. Pegawai/Guru yang membuat pungutan mesti mendapat kebenaran bertulis daripada
Pengetua.
b. Buku Resit dan Kutipan Bayaran Tambahan
1. Untuk kutipan Bayaran Tambahan PIBG, guru kelas dibekalkan dengan Buku Resit
PIBG. Kandungan Buku Resit hendaklah disemak bagi menentukan bilangan helaian
dan nombor siri adalah betul. Guru yang menerima buku resit hendaklah
menandatangani Daftar Stok Buku Resit.
2. Setiap kutipan Bayaran Tambahan PIBG mesti dikeluarkan resit sebagai bukti
penerimaan pungutan.
3. Pindaan pada resit adalah dilarang. Jika terdapat kesilapan semasa resit ditulis, resit
tersebut tidak boleh dipinda dalam apa juga bentuk, tetepi ia hendaklah dibatalkan
dikeluarkan resit baru. Resit yang dibatalkan hendaklah disimpan bersama-sama resit
salinan untuk tujuan pengauditan.
4. Pungutan Bayaran Tambahan PIBG hendaklah dicatat oleh guru kelas dalam Buku
Rekod Kedatangan Pelajar. Catatkan No Siri resit dan jumlah mengikut ruangan yang
ditetapkan.
5. Buku Resit hendaklah disimpan dengan selamat. Buku Resit hendaklah ditunjukkan
kepada Pengetua/Wakilnya apabila dikehendaki.
6. Apabila pemungut/guru kelas bertukar ganti, kedua-dua pegawai berkenaan
hendaklah menandatangani satu kenyataan pengambilalihan yang menunjukkan
kedudukan boring-barang resit.
PETRA 2024/2025
[ 13 ]

